Thursday, June 8, 2017

Aleeya Natasha Johan Larian Pantai 2017

Satu pertandingan di bawah kelolaan Unit Sukan PPD Setiu dan Majlis Daerah Setiu telah diadakan di Pantai Rhu Sepuluh, Setiu pada 11 Mei 2017 bersempena Festival Pekan Budaya Setiu. Pertandingan Larian Pantai telah melibatkan murid sekolah rendah di sekitar daerah Setiu. SK Jelapang telah menghantar penyertaan melibatkan 6 orang murid sekolah ini iaiti Aleeya Natasha, Nor Alya Antasha Balqis , Zayana Syazwana, Muhammad Roni, Muhammad Syahrul Idhan dan Haikal Daniel. Para peserta perempuan berjaya berada dalam kelompok 15 terbaik dengan Zayana berada di tempat ke 14, Nor Alya Antasha di tempat ke 5 manakala Aleeya Natasha muncul Johan Larian Pantai kategori Perempuan. Melalui kejayaan tersebut, Aleeya Natasha menerima wang tunai sebanyak RM50 dan pingat manakala Nor Alya memperolehi RM10 beserta pingat.



Rumah Hijau Johan Lagi

Kejohanan Olahraga dan Sukaneka SK Jelapang 2017 telah diadakan pada 8 dan 9 Mei 2017 telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana yang cukup meriah walaupun penganjuran pada kali ini tidak melibatkan penyertaan daripada kalangan warga komuniti setempat. Rumah Hijau yang telah mengungguli Johan Keseluruhan pada edisi 2014 ,2015 dan 2016 telah berjaya mempertahankan kejuaraan buat kali keempat berturut-turut tanpa disaingi oleh mana-mana pasukan. Kejayaan Rumah Hijau banyak dibantu oleh kecemerlangan atlit mereka yang diketuai oleh Siti Aina Sofea bt Marzuki atau Yaya apabila memenangi 4 pingat Emas individu dan 2 pingat emas berpasukan dan sekaligus dinobatkan Olahragawati Kejohanan buat tiga kali berturut-turut. Pencapaian Yaya turut diikuti oleh dua adik beradik iaitu Muhammad Alif Mat Ramli dan Muhammad Roni Mat Ramli apabila masing-masing mengungguli acara 100m dan 200m di samping membantu kuartet 4x100m dan 4x200m menyambar kedua-dua emas kategori berpasukan. 



Keputusan Lain :
  1. Muhammad Alif Bin Mat Ramli  (Hijau) - Olahragawan Terbaik          
  2. Siti Nor Aina Sofea Binti Mazuki (Hijau) - Olahragawati Terbaik             
  3. Muhammad Roni Bin Mat Ramli ( Hijau) - Olahragawan Harapan
  4. Nurul Dayana Balqis Bt. Malik Faiser (Biru) - Olahragwati Harapan              
  5. Johan Perbarisan            :       Biru
  6. Johan Hiasan Rumah      :       Merah
  7. Johan Merentas Desa      :      Hijau (95 Mata)    

                                          

CARTA PUNGUTAN MATA KEJOHANAN OLAHRAGA DAN SUKANEKA SK JELAPANG 2017



Rumah Biru Johan Perbarisan













Rumah Merah Johan Hiasan Rumah Sukan Terbaik




Tuesday, June 6, 2017

Aleeya Natasha raih podium Merentas Desa

Kejohanan Merentas Desa MSSD Setiu 2017 berjaya menghadiahkan kalungan pingat buat kontijen SK Jelapang apabila saudari Aleeya Natasha binti Mazlan berjaya meraih kedudukan ke 13 daripada 146 peserta perempuan. Pingat dihadiah bagi individu yang berjaya meraih tempat pertama hingga kelima belas. Sementera itu, Siti Aina Sofea sekadar berpuas hati di tempat ke 17. Seramai 8 orang murid dari sekolah ini telah dipilih untuk menyertai kejohanan ini yang diadakan pada 26 Januari 2017 di SK LKTP Chalok Barat. Pertandingan kali ini dilihat sungguh mencabar kerana para atlit terpaksa berlari dalam jarak lingkungan 4 km dengan permukaan yang beralun dan berbukit. SK Lubuk Teras muncul juara bagi Kategori Perempuan manakala SK Kampung Besut mengungguli bagi Kategori Lelaki



Bola Jaring : SK Jelapang raih ketiga

SK Jelapang telah dipilih selaku tuan rumah bagi Kejohanan Bola Jaring Zon Setiu Barat pada 17 April 2017. Sebanyak 8 pasukan telah mengambil bahagian dan dibahagikan kepada 2 kumpulan. Pasukan SK Jelapang telah berjaya mara ke peringkat separuh akhir apabila berjaya muncul naib juara kumpulan B dan bertemu dengan juara kumpulan A, SK Chalok Barat. Faktor fizikal dan ketinggian jelas menjadi perbezaan apabila, SK Chalok Barat berjaya menundukkan pasukan SK Jelapang dan seterus mara ke perlawanan akhir untuk bertemu SK Sungai Lerek. Pada perlawanan akhir, SK Chalok Barat dilihat begitu kuat dan berjaya mengalahkan pasukan SK Sungai Lerek sekaligus muncul juara bagi edisi 2017.






KEPUTUSAN PERLAWANAN

Alif Mat Ramli raih Perak, Yaya raih 2 Gangsa

Pada 27-28 Februari 2017 ,  Karnival Balapan dan Padang MSSD Setiu 2017 telah berjaya diadakan di SMK Bukit Nenas, Hulu Nerus, Setiu dengan semua pasukan dari 43 buah sekolah rendah dan 11 buah sekolah menengah menyertainya. 9 atlit dari sekolah ini telah terpilih untuk mengibar bendera Kontijen Jelapang dengan atlit-atlitnya berjaya mencapai keputusan yang memberangsangkan. Siti Nor Aina Sofea bt Marzuki berjaya menghadiahkan 2 butir pingat gangsa melalui acara lompat jauh P11 dan 80 meter Lari berpagar P11. Sementera itu, Muhammad Alif Mat Ramli berjaya mencipta kejutan apabila meraih pingat perak dalam acara 80 m Lari Berpagar L11. Alif turut mara dalam acara akhir (8 Terbaik) bagi acara Lompat Jauh L11. Beberapa atlit lain turut berjaya mara ke peringkat akhir ialah Hasrul Amin (80 m Lari Berpagar - L12), Aleeya Natasha (80 m Lari Berpagar - P11) dan Sarah Samirah (80 m Lari Berpagar - P12). Melalui kejayaan tersebut, SK Jelapang berjaya memperolehi 1 Perak dan 2 Gangsa untuk menduduki tempat ke 10 secara keseluruhan dengan SK Lubuk Teras dan SK Batu 29 berjaya berada di kedudukan pertama dan kedua dengan masing-masing memprolehi 5 pingat Emas.











Bola Baling : SK Jelapang Raih Naib Johan

Kejohanan Bola Baling Peringkat Zon Barat telah berlangsung pada 9-11 April 2017 di SK Langkap dengan sekolah ini menghantar penyertaan bagi kedua-dua kategori lelaki dan perempuan. Pasukan lelaki gagal mara ke peringkat Separuh Akhir apabila hanya mencatat satu kemenangan ke atas SK Langkap (6-2) . Berbanding pasukan lelaki, pasukan perempuan yang tampil selaku penyandang kejohanan musim lalu dengan hanya meletakkan 5 orang murid tahun 6 mencatatkan kemenangan dalam semua perlawanan peringkat kumpulan dengan menang 1-0 ke atas SK Batu 29, SK Alur Lek (7-0), SK Chalok (1-0) . Di dalam perlawanan Separuh Akhir , SK Jelapang berjaya menundukkan SK Sungai Lerek dalam penentuan balingan penalti 2-1 selepas terikat 3-3 dalam masa sebenar. Pada perlawanan akhir , SK Jelapang dilihat calon pilihan untuk muncul juara buat dua kali berturut-turut setelah 2 kali menewaskan SK LKTP Chalok Barat dalam perlawanan persahabatan. Namun dalam pertandingan akhir tersebut , SK LKTP Chalok Barat dilihat begitu unggul apabila memenangi pertarungan yang berlangsung dalam suasana hujan lebat dan muncul juara dengan keputusan 4-2.





Saturday, February 6, 2016

SK Jelapang Johan Bola Baling P12 Zon Setiu Barat

Setelah mempersiapkan diri pada penghujung 2015 dengan menyertai Karnival Pembangunan Bola Baling Bawah 11 Tahun anjuran JPN Terengganu. Pasukan bola baling perempuan sekolah akhirnya menemui pencapaian terbaik dalam tempoh 5 tahun ke belakang apabila muncul juara dalam Kejohanan Bola Baling Zon Setiu Barat yang dikelolakan oleh SK Langkap yang telah diadakan di Dewan Futsal Sg. Bari, Setiu pada 4 Februari 2016. Kejuaraan yang didambakan dihasilkan dengan mencatat kemenangan pada setiap perlawanan dengan SK Pelong telah mangsa amukan sekolah ini apabila mudah mencatat kemenangan besar 10-0. Pada perlawanan kedua, SK Chalok telah menjadi mangsa kedua apabila, SK Jelapang menang dengan keputusan 6-3. Seterusnya mencatatkan kemenangan ke atas SK Sungai Lerek 5-1 dan mengakhiri perlawanan dengan kemenangan percuma 2-0 ke atas SK Alur Lek. Kejayaan muncul juara kumpulan A telah menemukan pasukan ini dengan naib juara kumpulan B iaitu SK Langkap. Perlawanan separuh akhir berlangsung sengit dan berakhir dengan SK Jelapang menang tipis 5-4. Sementera itu perlawanan separuh akhir kedua menemukan SK Batu 29 dengan SK Sungai Lerek. Perlawanan ini menyaksikan pasukan SK Sungai Lerek mencatatkan keputusan mengejut apabila menang 5-4 sekaligus menempah tempat ke perlawanan akhir untuk perlawanan ulangan. Pada perlawanan akhir, SK Sungai Lerek berjaya meningkatkan permainan mereka dan pada suatu ketika mendahului SK Jelapang dengan 2-1. Namun semangat yang tidak pernah berputus asa membolehkan SK Jelapang bangkit untuk memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 6-3 sekaligus menobatkan sekolah ini muncul Johan untuk edisi 2016. Bagi kategori Lelaki , SK Batu 29 muncul juara dengan SK Merbau Menyusut dengan keputusan 2-1.