Saturday, September 27, 2014

Penyebaran DSKP Tahun 5 dalam LADAP

Urusetia Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) SK Jelapang telah berjaya mengadakan satu aktiviti penyebaran maklumat melibatkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran meliputi 4 subjek Tahun 5 yang bakal dilaksanakan pada tahun 2015. 4 subjek tersebut ialah Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), Sejarah, Rekabentuk dan Teknologi (RBT) dan Pendidikan Seni Visual (PSV). Program ini telah mendapat perhatian serius dari Yang Berusaha Guru Besar, Encik Lingah Derahman turut berbesar hati hadir dan mengikuti kursus sepanjang tempoh ianya berlangsung. Program ini telah berlangsung pada hari Sabtu, 27 September 2014 dan telah mendapatkan sambutan yang amat menggalakkan termasuk kehadiran Guru - Guru Opsyen Pendidikan Khas dan Prasekolah. Seramai 4 orang fasilitator telah diberi peluang untuk membantu para guru lain iaitu Encik Abd Hafiz (TMK), Puan Suzita Ghani (Sejarah), En. Mohd Rashdan Hafiz (RBT) dan Cik Nor Hasimah Ismail (PSV).

Ucapan alu-aluan Tuan Guru Besar, En. Lingah Derahman






Bergambar Kenangan



Sambutan Hari Susu Sedunia 2014

Tarikh 24 September 2014 merupakan  Hari Susu Sedunia dan ianya turut disambut di sekolah ini dengan penuh kemeriahan bagi melahirkan generasi yang sihat dan cerdas. Sambutan ini telah dikendalikan di bawah seliaan Guru Kesihatan dan Guru Program Susu 1Malaysia. Program yang dimulakan pada jam 9:45 pagi dengan Perasmian oleh wakil Guru Besar, Puan Nor Aini bt. Sulong. Majlis diteruskan dengan Pertandingan Kuiz Susu 1 Malaysia. Tepat jam 10:30pagi, acara kemuncak adalah menjayakan misi memecahkan Rekod Malaysia dengan minum susu secara serentak . Acara ini didemostrasikan oleh Ustazah Ruhani bt. Jusoh yang menunjukkan tatacara minum susu dengan betul.

Demostrasi Minum Susu oleh Ustazah Ruhani bt. Jusoh

Murid bersiap sedia untuk Pertandingan Kuiz Susu Sedunia




Monday, September 1, 2014

Solat Hajat II : Kehadiran SIP Tingkatkan Motivasi

Pada 28 Ogos 2014,  sekolah ini telah mengadakan program Solat Hajat sempena menghadapi peperiksaan UPSR 2014 . Program ini merupakan sebahagian daripada usaha pihak sekolah di dalam memohon pertolongan Yang Maha Berkuasa agar diberikan ketenangan dan petunjuk di dalam menghadapi peperiksaan tersebut. Di bawah program Cakna UPSR, pelbagai program telah dirangka oleh sekolah bagi membantu 19 orang calon sekolah ini mencapai keputusan yang cemerlang. Pihak sekolah telah mengadakan Kelas Tambahan selama 2 sesi pada setiap hari iaitu kelas petang yang bermula jam 2-4 petang dan kelas malam yang bermula pada jam 8-10 malam. Pada hujung minggu diadakan pula Kem UPSR pada tiga minggu terakhir. Di dalam majlis Solat Hajat ini, hampir seluruh ibu bapa berjaya hadir ke program ini dan ditambah kehadiran SIP Akademik PPD Setiu , Encik Wan Yaacob dan Wan Ibrahim yang turut menyampaikan rangsangan dan motivasi kepada para ibu bapa dan calon-calon UPSR.





Lahirnya Semangat Kemerdekaan Di Jelapang

SK Jelapang di bawah kelolaan Kelab Rukun Negara dan Cegah Jenayah telah mengambil inisiatif untuk mengadakan program Sambutan Kemerdekaan Yang Ke 57 peringkat sekolah ini sehari selepas negara menyambutnya pada tanggal 31 Ogos 2014. Sebagai menyemarakkan program sambutan ini, beberapa aktiviti telah diadakan antaranya Mengibar Jalur Gemilang Di Setiap Kelas, Pertandingan Kuiz Kemerdekaan, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Melukis Poster dan Pertandingan Mendeklamasi Sajak. Di majlis, Yang Berusaha Guru Besar SK Jelapang , Encik Lingah bin Derahman telah berbesar hati merasmikan program sambutan pada kali ini. 






Fatin Nur Suhaila muncul pemenang Pertandingan Mendeklamasi Sajak