Sunday, October 26, 2014

Nor Izzati Raih Emas Peringkat Negeri

Kejayaan murid bernama Nor Izzati Maria Shahira Bt. Mazuki di dalam lapangan sukan olahraga telah berjaya nama sekolah ini di peringkat negeri Terengganu apabila beliau berjaya meraih pingat emas dalam acara Lontar Peluru. Nor Izzati meraih emas dalam Kategori Bermasalah Pembelajaran. Pencapaian beliau dalam Kejohanan Trek dan Padang Pendidikan Khas Negeri Terengganu dilihat memberi pengiktirafan kepada sekolah ini dalam bidang sukan. Sebelum ini , atlit normal Salmi Najwa bin Mat Rafi turut mewakili Negeri Terengganu dalam acara Lontar Peluru dan Bola Baling di peringkat Kebangsaan.



Peperiksaan Akhir Tahun (27 - 30 Oktober 2014)

Unit Akademik telah memutuskan mengadakan Peperiksaan Akhir Tahun 2014 secara selaras pada 27 hingga 30 Oktober 2014 dan memilih tarikh 17 November 2014 untuk Majlis Penyampaian Hadiah dan Anugerah Pelajar Cemerlang . Berikut adalah Jadual Peperiksaan tersebut :


Rumah Hijau Muncul Juara

Pasukan Rumah Sukan Hijau berjaya mengungguli Johan Keseluruhan Kejohanan Sukan Padang dan Balapan SK Jelapang 2014 dengan menewaskan pesaing terdekat iaitu Rumah Merah. Rumah Hijau yang diketuai oleh Cikgu Mohd Rashdan sambil dibantu oleh Cikgu Mohd Rashidi, Cikgu Mohd Zulkarnain, Cikgu Nor Hasimah, Cikgu Rasidah Sulaiman, Ustazah Rahayu serta Pn. Nor Yusmaliza telah berjaya meraih 15 pingat emas termasuk 9 dalam acara olahraga dan 6 acara sukaneka. Sementera itu, atlit rumah Hijau ,Farah Farhana bt. Mohd Rafie dinobatkan selaku olahragawati kejohanan ini atas pencapaian 2 Emas dan 1 Perak manakala olahragawan disandang oleh Muhamad Zulhelmi b. Mohamad Zaini dari rumah Kuning , hasil pencapaian 3 Emas, 1 Perak dan 1 Gangsa. Rumah Kuning turut mengungguli acara perbarisan dan Hiasan Khemah Tercantik . Kejohanan yang dirasmikan oleh Penyelaras DUN Langkap, En. Zulkarnain b. Ariffin yang mewakili ADUN Langkap. Di dalam kejohanan ini juga diselitkan 10 acara sukaneka yang dibuka untuk penduduk dari Kg. Jelapang, Kg. Bukit Layat dan Kg. Mak Jintan bagi mewujudkan semangat muhibbah dan silaturahim di kalangan masyarakat setempat dengan warga SK Jelapang.