Friday, January 22, 2016

Hijau Takluk Kejuaraan Merentas Desa 2016

Hijau berjaya memenangi Kejohanan Merentas Desa 2016 apabila muncul Juara Keseluruhan dengan memperolehi 115 mata dengan muncul juara bagi Kategori Perempuan bagi umur 9 dan 10 tahun serta umur 11 dan 12 tahun ke atas. Manakala penyandang juara, pasukan Kuning sekadar memperolehi 85 mata dengan mengungguli kategori lelaki bagi umur 9 dan 10 tahun. Kejohanan Merentas Desa yang diadakan pada 20 Januari 2016 telah melibatkan jarak hampir 3km bagi peserta berusia 9 tahun ke atas manakala jarak 1.4 km bagi kategori umur 8 tahun ke bawah.

Keputusan :
Jantina : Lelaki                Umur : 7 dan 8 tahun
1. MUHAMMAD HAZIQ QAYYUM BIN CHE HASIM (Biru)
2. MUHAMMAD SYAHMI BIN MOHAMAD ROSDI    (Hijau)
3. MUHAMMAD NAZRULLAH B. IBRAHIM                (Biru)

Jantina : Perempuan        Umur : 7 dan 8 tahun
1. DANIA AMIERA BINTI ISMAIL @ NASIR              (Biru)
2. NOR EMIRA ELYANA BINTI MOHD ZULKIFLI    (Kuning)
3. SAIDATUL ASMARINA BT. MOHD RAZALI          (Hijau)

Jantina : Lelaki               Umur : 9 dan 10 tahun
1. MUHAMMAD SYAHRUL IDHAN B ISMAIL           (Kuning)
2. MUHAMMAD SHAHROL NIZAM BIN IBRAHIM   (Kuning)
3. AIMAN BIN AZHAR                                                    (Merah)

Jantina : Perempuan        Umur : 9 dan 10 tahun
1. ALEEYA NATASHA BINTI MAZLAN                      (Merah)
2. SITI NOR AINA SOPEA BT. MARZUKI                    (Hijau)
3. JUWAIRIAH HABIBAH BINTI ALIAS                       (Hijau)

Jantina : Lelaki               Umur : 11 tahun ke atas
1. MUHAMMAD SYAHRUL IZAT BIN ISMAIL          (Kuning)
2. MUHAMMAD AIZAM IMAN BIN ALIAS                (Biru)
3. MUHAMMAD HASRUL AMIN B. MOHD SALIM   (Merah)

Jantina : Perempuan       Umur : 11 tahun ke atas
1. NURUL NABILAH ANATI ZAHIRAH AZHAR         (Hijau)
2. NOOR AZYAN FARIHA BT. GHAZALI                     Hijau)
3. SITI NORSHUHANA BARIAH BT. MUSTHAPA      (Kuning)


Cg. Azli mengetuai aktiviti senamrobik


Ustaz Abdul Ghani melepaskan para peserta lelaki kategori Tahun 1 dan 2.

PK 1, En. Anuar melepaskan peserta perempuan Kategori Tahun 5 dan 6


Peserta melapor diri sebaik tiba di garisan penamat

Pemenang acara kategori Tahun 1 dan 2 Lelaki

Pemenang Kateori Tahun 3 dan 4 Lelaki

Pemenang Kateori Tahun 3 dan 4 Perempuan



Cakna TB Bersama PKD Setiu

Kehadiran pasukan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Setiu di dalam melaksanakan program kesihatan di SK Jelapang telah banyak memberi kesedaran akan pentingnya mengetahui bahaya dan kesan penyakit TB. Pada tanggal 19 Januari 2016, PKD Setiu yang diketuai oleh Encik Zainurin. Acara dimulakan dengan senamrobik yang diketuai oleh cikgu Azli Azri yang diiringi oleh krew PKD Setiu. Program diteruskan dengan pertandingan kuiz untuk murid-murid SK Jelapang sambil diselangi dengan aktiviti pemeriksaan kesihatan membabitkan pemeriksaan kandungan gula dan tekanan darah oleh kumpulan sukarelawan, Komuniti Sihat Perkasa Negara (Kospen) Kg. Jelapang dan Kg. Bukit Layat. Para guru, kakitangan,murid-murid dan ibu bapa telah berpeluang mendengar ceramah berkaitan Cakna TB yang disampaikan oleh Dr.Gary dari Klinik Kesihatan Sri Langkap,Setiu. Program ini telah diakhiri dengan pencapaian hadiah kepada pemenang kuiz dan cabutan bertuah.



Pendaftaran dan Mengambil Nombor Cabutan Bertuah

Senamrobik






Pameran Cakna TB

Ceramah TB oleh Dr Gary


Pertandingan Kuiz Cakna TB


Penyampaian Cenderahati

Penutupan Program Transisi Murid Tahun 1

Program Transisi melibatkan murid tahun 1 dan prasekolah ditutup dengan jayanya. Bahkan tarikh penutupan yang bersamaan dengan Hari Lahir Tuan Guru Besar, Ustaz Abdul Ghani b. Mohd Ali telah menambahkan lagi keterujaan dan kemeriahan program ini.Program transisi yang telah berlangsung 2 minggu yang dikendalikan oleh semua guru tahun 1 yang diketuai oleh Penyelaras Transisi , Puan Norhayati bt. Abu Bakar telah memberi impak positif kepada 21 orang murid tahun 1 dan 25 orang murid prasekolah. Kerjasama yang diberikan oleh para guru dan kakitangan telah membantu program ini berlangsung dengan jayanya. Majlis penutupan telah dilaksanakan oleh GB SK Jelapang pada 14 Januari 2016 menandakan berakhirnya program transisi pada tahun ini selama melalui fasa tersebut selama 2 minggu.



Sambutan Maulidur Rasul 1437H

Di dalam kesuntukkan waktu, Majlis Dakwah Agama Islam (MAKDIS) SK Jelapang masih berkesempatan mengadakan program sambutan Maulidur Rasul pada 7 Januari 2016 bersamaan 26 Rabiulawal 1437H. Program dimulakan bacaan Yassin di Surau SK Jelapang, diikuti berselawat . Kemudian para murid dan guru serta kakitangan berarak mengelilingi Kampung Jelapang dengan membawa sepanduk dengan alunan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Majlis diakhiri dengan ceramah khas Maulidur Rasul dari Imam Muda Masjid Putera Jaya ,Setiu yang begitu para murid dengan kandungan ceramah yang menepati jiwa sebagai seorang Insan bernama Murid.




Selamat Kembali Ke Sekolah 2016