Setelah mempersiapkan diri pada penghujung 2015 dengan menyertai Karnival Pembangunan Bola Baling Bawah 11 Tahun anjuran JPN Terengganu. Pasukan bola baling perempuan sekolah akhirnya menemui pencapaian terbaik dalam tempoh 5 tahun ke belakang apabila muncul juara dalam Kejohanan Bola Baling Zon Setiu Barat yang dikelolakan oleh SK Langkap yang telah diadakan di Dewan Futsal Sg. Bari, Setiu pada 4 Februari 2016. Kejuaraan yang didambakan dihasilkan dengan mencatat kemenangan pada setiap perlawanan dengan SK Pelong telah mangsa amukan sekolah ini apabila mudah mencatat kemenangan besar 10-0. Pada perlawanan kedua, SK Chalok telah menjadi mangsa kedua apabila, SK Jelapang menang dengan keputusan 6-3. Seterusnya mencatatkan kemenangan ke atas SK Sungai Lerek 5-1 dan mengakhiri perlawanan dengan kemenangan percuma 2-0 ke atas SK Alur Lek. Kejayaan muncul juara kumpulan A telah menemukan pasukan ini dengan naib juara kumpulan B iaitu SK Langkap. Perlawanan separuh akhir berlangsung sengit dan berakhir dengan SK Jelapang menang tipis 5-4. Sementera itu perlawanan separuh akhir kedua menemukan SK Batu 29 dengan SK Sungai Lerek. Perlawanan ini menyaksikan pasukan SK Sungai Lerek mencatatkan keputusan mengejut apabila menang 5-4 sekaligus menempah tempat ke perlawanan akhir untuk perlawanan ulangan. Pada perlawanan akhir, SK Sungai Lerek berjaya meningkatkan permainan mereka dan pada suatu ketika mendahului SK Jelapang dengan 2-1. Namun semangat yang tidak pernah berputus asa membolehkan SK Jelapang bangkit untuk memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 6-3 sekaligus menobatkan sekolah ini muncul Johan untuk edisi 2016. Bagi kategori Lelaki , SK Batu 29 muncul juara dengan SK Merbau Menyusut dengan keputusan 2-1.