Kehadiran ibu bapa yang amat mengalakkan pada sesi Temu Murni UPSR Bil 1/2015 menunjukkan satu permulaan membanggakan. Program yang dianjurkan pada 16 Februari 2015, telah menyaksikan kehadiran 17 daripada 18 orang ibu atau bapa pada hari tersebut. Pengisian program pertama ini lebih menjuruskan kepada maklum perancangan sekolah di dalam Program Cakna UPSR dan sasaran pihak sekolah dalam mencapai kelulusan 100% dalam semua mata pelajaran. Program ini turut diisikan dengan sesi dialog dan memupuk satu sifat prihatin di kalangan ibu bapa ke atas mereka yang bakal menduduki UPSR.
Friday, February 27, 2015
Friday, February 13, 2015
Majlis Penyerahan Watikah Pemimpin Kecil
Kehadiran Pegawai Inspektor Zaitul Kazrine bt Hamidi dari Unit Siasatan Jenayah IPD Setiu telah memeriahkan Majlis Penyerahan Watikah kepada barisan Pengawas, Pustakawan, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas. Seramai 75 orang murid telah menerima watikah perlantikan sekaligus melafazkan Ikrar untuk melaksanakan amanah yang diberikan dengan cemerlang dan bertanggungjawab. Majlis yang dianjurkan pada 10 Februari 2015 turut menyaksikan kehadiran Pegawai Perhubungan Sekolah dari PPD Setiu, En. Kamaruzaman yang mewakili pihak PPD Setiu.
Friday, February 6, 2015
Rumah Kuning Ungguli Merentas Desa 2015
Rumah Kuning memulakan langkah kanan dalam Kejohanan Merentas Desa 2015 apabila muncul Juara Keseluruhan dengan pungut mata sebanyak 103 mata dengan kelebihan 14 mata dengan penyandang Juara Sukan Sekolah 2014 , Rumah Hijau dengan 89 mata. Manakala Rumah Merah dan Biru bersaing di tempat ketiga dan keempat dengan masing-masing dengan 70 dan 68 mata. Rumah Kuning jelas mendominasi kategori Tahun 5,6 & PKIBP Lelaki apabila merekod Khairul Ikhwan b. Rani muncul juara dalam kategori berkenaan manakala adik Nurul Nabilah Anati muncul juara Kategori Perempuan pada tahap umur yang sama. Kejohanan yang diadakan pada 5 Februari 2015 telah memulakan acara pada jam 9:30 pagi dan berakhir dengan majlis penutupan yang turut dihadiri Pegawai Perhubungan PPD Setiu bagi SK Jelapang,En Kamaruzaman yang sekaligus mewakili Pegawai Pendidikan Daerah Setiu untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Sunday, October 26, 2014
Nor Izzati Raih Emas Peringkat Negeri
Kejayaan murid bernama Nor Izzati
Maria Shahira Bt. Mazuki di dalam lapangan sukan olahraga telah berjaya nama sekolah ini di peringkat negeri Terengganu apabila beliau berjaya meraih pingat emas dalam acara Lontar Peluru. Nor Izzati meraih emas dalam Kategori Bermasalah Pembelajaran. Pencapaian beliau dalam Kejohanan Trek dan Padang Pendidikan Khas Negeri Terengganu dilihat memberi pengiktirafan kepada sekolah ini dalam bidang sukan. Sebelum ini , atlit normal Salmi Najwa bin Mat Rafi turut mewakili Negeri Terengganu dalam acara Lontar Peluru dan Bola Baling di peringkat Kebangsaan.
Peperiksaan Akhir Tahun (27 - 30 Oktober 2014)
Unit Akademik telah memutuskan mengadakan Peperiksaan Akhir Tahun 2014 secara selaras pada 27 hingga 30 Oktober 2014 dan memilih tarikh 17 November 2014 untuk Majlis Penyampaian Hadiah dan Anugerah Pelajar Cemerlang . Berikut adalah Jadual Peperiksaan tersebut :
Rumah Hijau Muncul Juara
Pasukan Rumah Sukan Hijau berjaya mengungguli Johan Keseluruhan Kejohanan Sukan Padang dan Balapan SK Jelapang 2014 dengan menewaskan pesaing terdekat iaitu Rumah Merah. Rumah Hijau yang diketuai oleh Cikgu Mohd Rashdan sambil dibantu oleh Cikgu Mohd Rashidi, Cikgu Mohd Zulkarnain, Cikgu Nor Hasimah, Cikgu Rasidah Sulaiman, Ustazah Rahayu serta Pn. Nor Yusmaliza telah berjaya meraih 15 pingat emas termasuk 9 dalam acara olahraga dan 6 acara sukaneka. Sementera itu, atlit rumah Hijau ,Farah Farhana bt. Mohd Rafie dinobatkan selaku olahragawati kejohanan ini atas pencapaian 2 Emas dan 1 Perak manakala olahragawan disandang oleh Muhamad Zulhelmi b. Mohamad Zaini dari rumah Kuning , hasil pencapaian 3 Emas, 1 Perak dan 1 Gangsa. Rumah Kuning turut mengungguli acara perbarisan dan Hiasan Khemah Tercantik . Kejohanan yang dirasmikan oleh Penyelaras DUN Langkap, En. Zulkarnain b. Ariffin yang mewakili ADUN Langkap. Di dalam kejohanan ini juga diselitkan 10 acara sukaneka yang dibuka untuk penduduk dari Kg. Jelapang, Kg. Bukit Layat dan Kg. Mak Jintan bagi mewujudkan semangat muhibbah dan silaturahim di kalangan masyarakat setempat dengan warga SK Jelapang.
Saturday, September 27, 2014
Penyebaran DSKP Tahun 5 dalam LADAP
Urusetia Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) SK Jelapang telah berjaya mengadakan satu aktiviti penyebaran maklumat melibatkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran meliputi 4 subjek Tahun 5 yang bakal dilaksanakan pada tahun 2015. 4 subjek tersebut ialah Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), Sejarah, Rekabentuk dan Teknologi (RBT) dan Pendidikan Seni Visual (PSV). Program ini telah mendapat perhatian serius dari Yang Berusaha Guru Besar, Encik Lingah Derahman turut berbesar hati hadir dan mengikuti kursus sepanjang tempoh ianya berlangsung. Program ini telah berlangsung pada hari Sabtu, 27 September 2014 dan telah mendapatkan sambutan yang amat menggalakkan termasuk kehadiran Guru - Guru Opsyen Pendidikan Khas dan Prasekolah. Seramai 4 orang fasilitator telah diberi peluang untuk membantu para guru lain iaitu Encik Abd Hafiz (TMK), Puan Suzita Ghani (Sejarah), En. Mohd Rashdan Hafiz (RBT) dan Cik Nor Hasimah Ismail (PSV).
Ucapan alu-aluan Tuan Guru Besar, En. Lingah Derahman
Bergambar Kenangan
Subscribe to:
Posts (Atom)



