Ahli Jawatankuasa LINUS yang diketuai oleh Penyelarasnya, Encik Zulkarnain b. Salleh telah mengelolakan program Temu Murni bersama Ibu bapa Murid yang disaringkan sebagai kategori Linus. Majlis ini telah diadakan pada 3 Jun 2015 dengan menyaksikan pasukan Fasilinus PPD Setiu telah turun ke SK Jelapang untuk menyampaikan taklimat kepada para ibu bapa dan penjaga. Kehadiran pasukan ini diketuai Encik Ramlee b. Awang Kechik, selaku Ketua Fasilinus.
Tuesday, June 30, 2015
Friday, May 8, 2015
Bola Tampar MSSD Setiu : SK Jelapang Ketiga Terbaik
Pasukan Perempuan B12 Tahun sekolah ini berjaya mencatat keputusan luar dugaan apabila berjaya meraih pingat gangsa dalam Kejohanan Bola Tampar MSSD Setiu pada 21 April 2015 yang diadakan di SMK Bukit Nenas. Pasukan sekolah ini telah diwakili Siti Nor Sahida, Tuan Nor Syasya, Nor Sahirah, Ilya Shahirah, Siti Suhaida, Nor Asma Azlinda, Nurul Ilyanie, Nurul Nabilah Anati, Nor Syafika Najwa dan Siti Norshuhana. Pasukan ini turut mengejutkan SK Banggol dalam laluan ke separuh akhir apabila menang dengan keputusan 30-22. Hasrat untuk mara ke peringkat akhir tersekat apabila tunduk kepada Juara Bertahan 2 tahun berturut-turut iaitu SK Fikri Sg Tong dengan keputusan 2-0. Sementera itu, pasukan lelaki gagal mara ke separuh akhir apabila hanya memenangi satu perlawanan dengan menumpaskan SK Kg Fikri Pantai dengan 30-16.
Thursday, April 16, 2015
SK Jelapang Juara Pesta Pantun Setiu
SK Jelapang berjaya muncul Juara Pesta
Pantun walaupun ianya merupakan penyertaan pertama dalam pertandingan
tersebut.Kejayaan yang sedemikian merupakan pencapaian cukup membanggakan
apabila dinobatkan Johan Pesta Pantun Daerah Setiu.Pertandingan yang di adakan
pada 9 April 2015 telah di SK Saujana, Setiu. Kejayaan yang dicapai amat
memberangsangkan apabila menumbangkan dua finalis 2014, SK Saujana dan SK
Chalok yang seterusnya mengejutkan ramai pihak dan sekolah lain akan kehebatan
para pemantun sekolah yang mendapat bimbingan daripada Cikgu Azli Azri .
Sementara itu, adik Nor Azifatul dijulang selaku Pemantun Terbaik. Kejayaan ini
membolehkan SK Jelapang mewakili daerah Setiu dalam Pertandingan Pantun Negeri
Terengganu pada 12 hingga 14 April 2015 di SK Padang Setengge, Kuala Berang.
MTQ : Nasyid Ketiga, Fatin Raih Naib Johan
Hasrat Fatin Nur Suhaila bt. Mat Rawi untuk meraih kedudukan Pertama dalam Pertandingan Bercerita Sempena Majlis Tilawah Al-Quran Zon Setiu Barat terkubur apabila sekadar meraih kedudukan kedua dengan perbezaan 5 mata dengan Juara pertandingan tersebut dari SK Sungai Lerek. Sementara itu, Pasukan Nasyid berjaya meraih kedudukan ketiga walaupun mendapat perhatian dan tepukan lebih gemuruh daripada hadirin di atas kelunakan suara penyanyi utamanya,Tuan Siti Nor Syasya bt. Tuan Mat. Buat julung kalinya pasukan nasyid sekolah ini tampil dengan peralatan muzik.
Friday, February 27, 2015
Temu Murni 2015 : Kehadiran Ibu Bapa Membanggakan
Kehadiran ibu bapa yang amat mengalakkan pada sesi Temu Murni UPSR Bil 1/2015 menunjukkan satu permulaan membanggakan. Program yang dianjurkan pada 16 Februari 2015, telah menyaksikan kehadiran 17 daripada 18 orang ibu atau bapa pada hari tersebut. Pengisian program pertama ini lebih menjuruskan kepada maklum perancangan sekolah di dalam Program Cakna UPSR dan sasaran pihak sekolah dalam mencapai kelulusan 100% dalam semua mata pelajaran. Program ini turut diisikan dengan sesi dialog dan memupuk satu sifat prihatin di kalangan ibu bapa ke atas mereka yang bakal menduduki UPSR.
Friday, February 13, 2015
Majlis Penyerahan Watikah Pemimpin Kecil
Kehadiran Pegawai Inspektor Zaitul Kazrine bt Hamidi dari Unit Siasatan Jenayah IPD Setiu telah memeriahkan Majlis Penyerahan Watikah kepada barisan Pengawas, Pustakawan, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas. Seramai 75 orang murid telah menerima watikah perlantikan sekaligus melafazkan Ikrar untuk melaksanakan amanah yang diberikan dengan cemerlang dan bertanggungjawab. Majlis yang dianjurkan pada 10 Februari 2015 turut menyaksikan kehadiran Pegawai Perhubungan Sekolah dari PPD Setiu, En. Kamaruzaman yang mewakili pihak PPD Setiu.
Friday, February 6, 2015
Rumah Kuning Ungguli Merentas Desa 2015
Rumah Kuning memulakan langkah kanan dalam Kejohanan Merentas Desa 2015 apabila muncul Juara Keseluruhan dengan pungut mata sebanyak 103 mata dengan kelebihan 14 mata dengan penyandang Juara Sukan Sekolah 2014 , Rumah Hijau dengan 89 mata. Manakala Rumah Merah dan Biru bersaing di tempat ketiga dan keempat dengan masing-masing dengan 70 dan 68 mata. Rumah Kuning jelas mendominasi kategori Tahun 5,6 & PKIBP Lelaki apabila merekod Khairul Ikhwan b. Rani muncul juara dalam kategori berkenaan manakala adik Nurul Nabilah Anati muncul juara Kategori Perempuan pada tahap umur yang sama. Kejohanan yang diadakan pada 5 Februari 2015 telah memulakan acara pada jam 9:30 pagi dan berakhir dengan majlis penutupan yang turut dihadiri Pegawai Perhubungan PPD Setiu bagi SK Jelapang,En Kamaruzaman yang sekaligus mewakili Pegawai Pendidikan Daerah Setiu untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Subscribe to:
Posts (Atom)






