Kehadiran pasukan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Setiu di dalam melaksanakan program kesihatan di SK Jelapang telah banyak memberi kesedaran akan pentingnya mengetahui bahaya dan kesan penyakit TB. Pada tanggal 19 Januari 2016, PKD Setiu yang diketuai oleh Encik Zainurin. Acara dimulakan dengan senamrobik yang diketuai oleh cikgu Azli Azri yang diiringi oleh krew PKD Setiu. Program diteruskan dengan pertandingan kuiz untuk murid-murid SK Jelapang sambil diselangi dengan aktiviti pemeriksaan kesihatan membabitkan pemeriksaan kandungan gula dan tekanan darah oleh kumpulan sukarelawan, Komuniti Sihat Perkasa Negara (Kospen) Kg. Jelapang dan Kg. Bukit Layat. Para guru, kakitangan,murid-murid dan ibu bapa telah berpeluang mendengar ceramah berkaitan Cakna TB yang disampaikan oleh Dr.Gary dari Klinik Kesihatan Sri Langkap,Setiu. Program ini telah diakhiri dengan pencapaian hadiah kepada pemenang kuiz dan cabutan bertuah.
Pendaftaran dan Mengambil Nombor Cabutan Bertuah
Senamrobik
Pameran Cakna TB
Ceramah TB oleh Dr Gary
Pertandingan Kuiz Cakna TB
Penyampaian Cenderahati
No comments:
Post a Comment