Sejarah

Sekolah Kebangsaan Jelapang adalah sebuah sekolah yang terletak di dalam Mukim Caluk ,Daerah Setiu,Terengganu. SK Jelapang mula ditubuh dan diwarta sebagai sekolah bantuan penuh kerajaan pada tahun 1 Januari 1984 dengan berstatus sekolah kurang murid walaupun pada dasar sekolah ini telah dibuka lebih awal dari tarikh tersebut iaitu sekitar 1979.Guru Besar pertama yang berkhidmat di sekolah ini ialah Encik Embong bin Abdullah yang pada masa tersebut bilangan murid hanya terdiri daripada 20 orang murid sahaja. Beliau menjadi Guru Besar selama 2 tahun. Pada penghujung 1980, tempat beliau telah diganti oleh Encik Ghazali bin Yaakob (1980-1983), Encik Muhd Azam bin Uthman (1984-1987),En. Ali bin Sulaiman (1987-1994)  Sekolah ini mendapat nama dari Kampung Jelapang yang mula diterokai oleh penduduk yang kebanyakkan dari rakyat negeri Kelantan pada awal sekitar tahun 1959 untuk keperluan tempat tinggal dan penanaman padi.Hasil perkahwinan dengan rakyat tempatan, pertambahan penduduk di Kampung ini semakin meningkat sekaligus mendorong pihak berwajib membina sekolah sementera agar pendidikan awal dapat disalurkan. Pada tahun 2003, sekolah ini mendapat bangunan berkembar tiga tingkat yang memuatkan bangunan pentadbiran, bilik darjah, bilik guru, dewan terbuka, makmal Sains, Bengkel Kemahiran Hidup dan Pendidikan Seni. Hasil pembinaan bangunan baru ini, bangunan lama tetap digunakan sebagai Kelas KAFA, Pra Sekolah, Makmal Komputer dan Kelas Program Pendidikan Khas Integrasi. Pembukaan Prasekolah dan Kelas Pendidikan Khas pada tahun 2008 telah membolehkan sekolah ini berada dalam Sekolah Gred A. Sekolah ini pernah diletakkan dalam Mukim Belara di bawah PPD Kuala Terengganu. Pada tahun 2015, sekolah ini telah mempunyai 172 orang murid yang kebanyakkan terdiri daripada penduduk Kampung Jelapang dan Kampung Bukit Layat . Sekolah ini mempunyai 28 orang guru termasuk 5 orang guru opsyen Pendidikan Khas dan 6 orang kakitangan sokongan serta seorang Pegawai Teknologi Maklumat (EIO). Kebanyakkan murid adalah penduduk dari 3 buah kampung berdekatan iaitu Kg. Jelapang, Kg. Bukit Layat dan Kg. Mak Jintan. Sebahagian besar penduduk di kawasan ini adalah golongan petani seperti Penoreh Getah, Peneroka Sawit dan Penternak. Bilangan murid paling ramai yang pernah bersekolah di sekolah ini adalah pada tahun 2005 iaitu 228 orang.



No comments:

Post a Comment