Tuesday, June 6, 2017

Bola Baling : SK Jelapang Raih Naib Johan

Kejohanan Bola Baling Peringkat Zon Barat telah berlangsung pada 9-11 April 2017 di SK Langkap dengan sekolah ini menghantar penyertaan bagi kedua-dua kategori lelaki dan perempuan. Pasukan lelaki gagal mara ke peringkat Separuh Akhir apabila hanya mencatat satu kemenangan ke atas SK Langkap (6-2) . Berbanding pasukan lelaki, pasukan perempuan yang tampil selaku penyandang kejohanan musim lalu dengan hanya meletakkan 5 orang murid tahun 6 mencatatkan kemenangan dalam semua perlawanan peringkat kumpulan dengan menang 1-0 ke atas SK Batu 29, SK Alur Lek (7-0), SK Chalok (1-0) . Di dalam perlawanan Separuh Akhir , SK Jelapang berjaya menundukkan SK Sungai Lerek dalam penentuan balingan penalti 2-1 selepas terikat 3-3 dalam masa sebenar. Pada perlawanan akhir , SK Jelapang dilihat calon pilihan untuk muncul juara buat dua kali berturut-turut setelah 2 kali menewaskan SK LKTP Chalok Barat dalam perlawanan persahabatan. Namun dalam pertandingan akhir tersebut , SK LKTP Chalok Barat dilihat begitu unggul apabila memenangi pertarungan yang berlangsung dalam suasana hujan lebat dan muncul juara dengan keputusan 4-2.





No comments:

Post a Comment